contoh Karangan A:Kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja
p/s:Maaf atas sebarang kesilapan tatabahasa mahupun ejaan dalam penulisan dibawah.Ini bukanlah yang terbaik namun hanyalah sekadar contoh yang serba sedikit mungkin dapat membantu anda.
Bahagian A
(30 MARKAH)
(Masa dicadangkan:45 minit)
Berdasarkan rajah di bawah,huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja.Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Bahagian A
(30 MARKAH)
(Masa dicadangkan:45 minit)
Berdasarkan rajah di bawah,huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja.Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Penggunaan Telefon Bimbit
❤️Membazirkan wang dan masa
💛Menghantar dan menerima pesanan
💚Mendengar muzik
💙Menghantar dan menerima gambar/video
Dalam meniti arus
permodenan yang kian mencabar minda dan emosi ini, tiada sesiapapun dapat
menafikan peri pentingnya pengunaan telefon bimbit.Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Jabatan Maklumat dan Telekomunikasi Malaysia bahawa hampir 80 peratus pengguna
telefon bimbit adalah mereka yang berusia 17 hingga 24 tahun.Hal ini jelas
menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit kian bermaharajalela dalam
kalangan remaja.Sudah pasti penggunaan yang berlebihan akan membawa impak
negatif yang tidak dijangka.Oleh itu,marilah kita membincangkan isu impak-impak
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
remaja.
remaja.
Antara impak yang
bakal menimpa dari penggunaan telefon bimbit ialah sudah pastinya membazirkan
wang dan masa.Industri teknologi dunia hari ini banyak memperkenalkan
jenama-jenama telefon baharu sehingga menyebabkan generasi muda terutamanya
golongan remaja lebih memilih jenama berbanding keperluan biarpun mencecah
harga ribuan ringgit sehingga memaksa mereka mengeluarkan wang yang banyak
untuk memiliki telefon tersebut demi memenuhi kemahuan diri.Dalam pada masa
yang sama,sudah pasti penggunaan telefon bimbit yang berlebihan akan membuang
masa.Jika disingkap daripada sebuah aritkel yang ditulis di dalam akhbar
Metro,2 Mei yang lalu,satu kenyataan di
mana penguna telefon bimbit menghabiskan masa sekurang-kurangnya lima jam
melihat telefon sehari.Sudah terang lagi bersuluh ,penggunaan telefon bimbit
dalam kalangan remaja akan membawa impak negatif iaitu membazir wang dan masa.
Pada hemat
saya,penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja akan menyebabkan hubungan
silaturrahim kian rengang secara zahirnya kerana mereka menganggap bahawa perbualan melalui telfon bimbit lebih
praktikal.Senario ini umpama telur di hujung tanduk tatkala hubungan yang terjalin
kian perlina dek kerana masing-masing teralpa dengn telefon bimbit mereka tanpa
memperdulikan orang di sekeliling.Sekiranya situasi ini berlarutan sudah pasti
akan menjadi lebih parah.Kata leluhur kita,bersatu kita teguh bercerai kita
roboh.Dapatkah kita membayangkan impak yang bakal menimpa?.Oleh itu,umpama
bergelanggang di mata orang banyak bahawa penggunaan telefon bmbit akan
menyebabkan hubungan silaturrahim dalam kalangan remaja kian rengang.
Jika dilihat dari
perspektif yang berbeza,penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja akan
melahirkan generasi yang gemar menangguh-nangguhkan kerja sedangkan masa itu
emas dan tidak mungkin masa berputar kembali.Remaja sering menggunakan telefon
bimbit bagi mendengar muzik ,menghantar dan menerima gambar mahupun video
sehingga menyebabkan kerja-kerja yang
lain diabaikan begitu sahaja.Golongan remaja seharusnya bijak
membahagikan masa untuk melakukan tugasan lain selain menggunakan telefon
bimbit sahaja.Lantaran itu, belum berkilat sudah berkilau bulan sangkap tiga
puluh bahawa penggunaan telfon bimbit dalam kalangan remaja akan melahirkan
generasi yang gemar menangguh-nangguhkan kerja.
Jika disingkap dari
sudut yang berbeza,penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja akan membawa
implikasi positif juga .Kata orang jika ada kontra tentu ada pronya ,namun
impak positif ini hanya akan wujud sekiranya golongan remaja menggunakan
telefon bimbit mereka sebagai wadah
mencipta aplikasi-aplikasi baharu untuk kegunaan semua pihak.Misalnya
penciptaan ‘Whatsapp’ yang digunakan untuk membantu masyarakat mengantar dan
menerima pesanan dengan lebih cepat dan efisen dengan hanya menggunakan
jaringan internet.Lantaran itu,siang bagai hari terang bagai bulan bahawa
penggunaan telefon bimbit yang efisen dapat membawa implikasi positif kepada
penggunanya terutamanya golongan remaja hari ini.
Deduksinya
,penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja seharusnya dibendung dengan
lebih awal agar tidak menjadi seperti nasi sudah menjadi bubur mahupun sudah
kalah baru hendak berkubu.Peranan setiap pihak turut dituntut,kata leluhur kita
yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.Setiap
pihak tidak seyogianya menunding jari antara satu sama lain,sebaliknya
bersama-sama berganding bahu membendung masalah penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan remaja kita yang merupakan generasi harapan negara.Sekiranya langkah
proaktif tidak diambil secara tekal dan total dapatkah kita membayangkan
implikasi-implikasi negatif daripada penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
remaja kita kelak?.
Kesan pengguna telefon bimbit
BalasPadamTerima kasih. Boleh dijadikan sebagai panduan
BalasPadamAlhamdulillah😊sama-sama
PadamSaya comel
BalasPadamTak tanyq
Padamoh yeah
PadamWowwww.. terbaekk sirrr... Bgga gue!😭
BalasPadamGak ad yg perlu dibanggakan sih😂
Padam