contoh Karangan A:Kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja

p/s:Maaf atas sebarang kesilapan tatabahasa mahupun ejaan dalam penulisan dibawah.Ini bukanlah yang terbaik namun hanyalah sekadar contoh yang serba sedikit mungkin dapat membantu anda.
                                                                 
                                                                   Bahagian A
                                                               (30 MARKAH)
                                                     (Masa dicadangkan:45 minit)
Berdasarkan rajah di bawah,huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja.Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

 Penggunaan Telefon Bimbit
 ❤️Membazirkan wang dan masa
💛Menghantar dan menerima pesanan
💚Mendengar muzik
💙Menghantar dan menerima gambar/video

     Dalam meniti arus permodenan yang kian mencabar minda dan emosi ini, tiada sesiapapun dapat menafikan peri pentingnya pengunaan telefon bimbit.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Maklumat dan Telekomunikasi  Malaysia bahawa hampir 80 peratus pengguna telefon bimbit adalah mereka yang berusia 17 hingga 24 tahun.Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit kian bermaharajalela dalam kalangan remaja.Sudah pasti penggunaan yang berlebihan akan membawa impak negatif yang tidak dijangka.Oleh itu,marilah kita membincangkan isu impak-impak penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
 remaja.
  
    Antara impak yang bakal menimpa dari penggunaan telefon bimbit ialah sudah pastinya membazirkan wang dan masa.Industri teknologi dunia hari ini banyak memperkenalkan jenama-jenama telefon baharu sehingga menyebabkan generasi muda terutamanya golongan remaja lebih memilih jenama berbanding keperluan biarpun mencecah harga ribuan ringgit sehingga memaksa mereka mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki telefon tersebut demi memenuhi kemahuan diri.Dalam pada masa yang sama,sudah pasti penggunaan telefon bimbit yang berlebihan akan membuang masa.Jika disingkap daripada sebuah aritkel yang ditulis di dalam akhbar Metro,2  Mei yang lalu,satu kenyataan di mana penguna telefon bimbit menghabiskan masa sekurang-kurangnya lima jam melihat telefon sehari.Sudah terang lagi bersuluh ,penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja akan membawa impak negatif iaitu membazir wang dan masa.
  
    Pada hemat saya,penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja akan menyebabkan hubungan silaturrahim kian rengang secara zahirnya kerana mereka menganggap  bahawa perbualan melalui telfon bimbit lebih praktikal.Senario ini umpama telur di hujung tanduk tatkala hubungan yang terjalin kian perlina dek kerana masing-masing teralpa dengn telefon bimbit mereka tanpa memperdulikan orang di sekeliling.Sekiranya situasi ini berlarutan sudah pasti akan menjadi lebih parah.Kata leluhur kita,bersatu kita teguh bercerai kita roboh.Dapatkah kita membayangkan impak yang bakal menimpa?.Oleh itu,umpama bergelanggang di mata orang banyak bahawa penggunaan telefon bmbit akan menyebabkan hubungan silaturrahim dalam kalangan remaja kian rengang.
   Jika dilihat dari perspektif yang berbeza,penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja akan melahirkan generasi yang gemar menangguh-nangguhkan kerja sedangkan masa itu emas dan tidak mungkin masa berputar kembali.Remaja sering menggunakan telefon bimbit bagi mendengar muzik ,menghantar dan menerima gambar mahupun video sehingga menyebabkan kerja-kerja yang  lain diabaikan begitu sahaja.Golongan remaja seharusnya bijak membahagikan masa untuk melakukan tugasan lain selain menggunakan telefon bimbit sahaja.Lantaran itu, belum berkilat sudah berkilau bulan sangkap tiga puluh bahawa penggunaan telfon bimbit dalam kalangan remaja akan melahirkan generasi yang gemar menangguh-nangguhkan kerja.
   
    Jika disingkap dari sudut yang berbeza,penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja akan membawa implikasi positif juga .Kata orang jika ada kontra tentu ada pronya ,namun impak positif ini hanya akan wujud sekiranya golongan remaja menggunakan telefon bimbit mereka sebagai  wadah mencipta aplikasi-aplikasi baharu untuk kegunaan semua pihak.Misalnya penciptaan ‘Whatsapp’ yang digunakan untuk membantu masyarakat mengantar dan menerima pesanan dengan lebih cepat dan efisen dengan hanya menggunakan jaringan internet.Lantaran itu,siang bagai hari terang bagai bulan bahawa penggunaan telefon bimbit yang efisen dapat membawa implikasi positif kepada penggunanya terutamanya golongan remaja hari ini.
   
  Deduksinya ,penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja seharusnya dibendung dengan lebih awal agar tidak menjadi seperti nasi sudah menjadi bubur mahupun sudah kalah baru hendak berkubu.Peranan setiap pihak turut dituntut,kata leluhur kita yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.Setiap pihak tidak seyogianya menunding jari antara satu sama lain,sebaliknya bersama-sama berganding bahu membendung masalah penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja kita yang merupakan generasi harapan negara.Sekiranya langkah proaktif tidak diambil secara tekal dan total dapatkah kita membayangkan implikasi-implikasi negatif daripada penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja kita kelak?.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Best ka form 6?